Aku sedih.!
Ajis merenung dalam dalam mata malik yang duduk di birai tingkap yang terngaga luas sambil tangan kanan mengepit kemas sebatang surya sambil melepaskan asap keras dari celahan gigi karat nya, saling tak tumpah seperti hero tamil Rajnikandh. Tegar dia menunggu barisan kata kata yang keluar dari malik, namun malik tetap bisu tanpa sebarang irama latar belakang. Sebab.? Ajis bertanya simple tapi padat. kali ini malik pula yang merenung dalam mata ajis dengan padangan yang sukar untuk dimengertikan. Ajis bertanya sekali lagi, apasal kau diam, aku pandangan kau sebagai sahabat bukan pandang kau macam pembunuh upahan, sebab pun kau tak boleh bagi, apa kau takut sangat, gerutu ajis.
lek, cuba kau tengok muka aku ni, betul ke muka aku ni tak boleh nak berjaya, soal ajis pada malek yang kelu tak berlagu. Ajis memandang malek dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, betul ke orang yang takda rupa paras tak boleh berjaya, habis semua yang muka macam penyedut hampagas tak boleh berjaya lah, yang muka macam pam minyak petronas tak boleh berjaya ke, habis macam tu yang rupa macam model iklan gillete yang boleh maju ke hadapan. Malangnya itulah keadaan zaman sekarang,rupa paras lebih mendapat undian dari bakat yang dipertontonkan. Hensem dan cantiklah menjadi ramuan yang hebat dalam kehidupan sekarang, Malik bersuara. Tak boleh ke ko cakap terang terang, walaupun lampu rumah aku ni tak berapa terang tak bermakna ayat ayat kau pun tak boleh jadi terang babi.! Hamun ajis. Ajis tunduk dikuis kuis 2 3 ekor semut yang melintas dengan ibu jari kakinya, dan kesemuanya semut tersebut mati disebabkan bau bau cagu dan ketumbit keras di hujung jarinya.
Ayah aku menghalang cita cita aku untuk menjadi anak seni. Dia kata muka macam aku tak layak bergelar anak seni, dia cakap aku merosakkan seni tanah air. luah Malek selepas leka membunuh semut. Ajis pandang dengan mata terbeliak selama dia mengenali malek dia tidak pernah tahu yang malek handal dalam seni, tetapi lebih kepada berembun di kunci air kampung, melepak, melepak dan melepak hanya itu bidang kepakaran malek.
Anak seni,.? Seni apa.?
Nyayianlah, apa lagi menjawab persoalan ajis.
Sekali lagi mata ajis terbeliak hampir hampir terkeluar bola matanya, kau nak jadi penyanyi. Boleh ke kau nyanyi, tah tah lagu negaraku pun kau tak tahu, kata hati ajis tetapi tidak diluahkan, bimbang melukakan hati sahabatnya. Sejak bila kau pasang cita cita nak jadi penyanyi ni. Soal Ajis. Sejak banyak program realiti impian kat tv, balas malek. Sekarang nak banyak duit kena jadi terkenal, ramai peminat dan caranya ialah dengan menjadi penyanyi. Bukan duduk kat kampung ni cabut ubi tebas semak sampai nak makan pun kena berhutang lima enam bulan. Jelas Malek panjang lebar.
Diorang jadi penyanyi sebab memang boleh menyanyi, kau boleh ke menyanyi, soal ajis penuh provokasi. Tak adanya boleh menyanyi.! aku dengar suara diorang tu biasa biasa je, takde yang special. yang penting kena ada aura, jawab Malek. Ada aura je tak guna kalau suara macam burung unta, ujar Ajis menambah ajinamoto di telinga Malek.
kau ni sama macam bapak aku, merendah rendahkan aku, sekarang kau dengar suara aku dan kau boleh nilai kan suara aku macam mana, balas Malek sebelum menarik nafas dalam dalam. Pada waktu dan ketika yang sama sewaktu Malek memulakan barisan rangkap pertama lagu Jerangkung Dalam Almari, beberapa ekor tenggiling lari bertempiaran, lima enam ekor cicak yang tadi sedang enak mengawan diatas lampu kalimantang gugur ke lantai dengan buih buih kesat di mulut dan sekumpulan nyamuk yang handal menjamah betis hilang dalam sekelip mata.
Bunyi suara malek yang seakan seakan dubuk afrika di campur dengan bunyi gajah kena cirit birit ditambah dan didarab dengan bunyi sekumpulan katak memanggil hujan. Pantas Ajis mengeluarkan 2 batang Surya dari poket seluarnya, satu disumbat di telinga kanan dan satu ditelingga kiri. Tapi nyaring suara dubuk afrika itu masih mampu menembusi filter Suryanya.
Malek Malek, kau bukan saja memusnahkan industri muzik tanah air, malah merosakkan dan menjejaskan pendengaran aku sekarang, jerit Ajis dalam hati sambil menyalakan lighter menghampiri kotak fius elektrik yang ter-off dengan sendiri akibat pekikan suara Malek tadi.