Lewat petang, seorang jantan yang pernah aku jatuhkan kemaluan-nya dulu, seoorang jantan yang pernah tewas, gagal bila berhadapan dengan barisan kadet biasa sekolah menengah. Dia jantan egois, pernah berada Royal Military College satu masa dulu. Yang di agung-agung. Seorang ustaz katanya. Sering memberi ceramah agama di masjid dan sekolah katanya. Apa kau buat dekat kawasan ni. Tanya dia.
Minum, aku kata. Aku tak mahu mulakan sebarang perbualan, mata aku tepat menghala ke kotak bodoh yang tergantung di siling kedai. Agak lama dia diam dan satu detik dia bersuara. Teruk hidup kau sekarang, apa yang buat hati kau jadi gelap. Kau lepak tempat kotor,
Ahh sudah, aku tak mahu dengar sebarang ceramah agama waktu ini. Aku mahu tumpu kepada kotak bodoh. Tapi atas dasar ikhwanul muslim aku sambut pertanyaan dia. Kenapa dengan hati aku, apa yang gelap. Sejak bila abang dah pandai scan karakter orang. Kau terlalu naif tentang agama, dan kau tak berhenti mengejar dunia. Dia kata, dan terus bercakap tanpa henti.
Bila mulut terlalu ringan, seperti apa yang aku pegang, semakin banyak kau berkata semakin banyak kebodohan kau akan tertunjuk. Kesan langsung yang kau harus tahu bila seseorang tidak berhenti bercakap pada aku. Tidak berhenti bercerita tentang dunia yang aku tidak mahu tahu. Kau ibarat seperti mencurah segelen petrol pada putung api.
Dia bersoal tentang agama, politik, hati gelap aku dan tah apa yang tidak aku fahami. Tolonglah. aku hanya mahu kau pergi dari meja aku. Jadinya, aku cuma punya satu cara, iaitu menang dalam diskusi dan dia akan diam. Orang seperti ini, kau hanya perlu jawab soalan dengan soalan, dalam hujah kau tampal sedikit fakta selit sedikit auta dan paling penting mesti kelihatan yakin.
Sudahlah bang, aku tahu kau belajar tentang tasawuf lebih dalam dari aku, habis tingkatan 5 dulu kau keluar negara, belajar di mesir sana, aku tak bijak macam kau. Aku jadi rimas bila kau bercakap bersembur sembur, KLCC tak patut ada, Menara Warisan membazir, rakyat miskin, polis zalim, Sahabat Nabi, Mazhab ini tak betul, Ali hebat, abu bakar laknat, aku rasa teh tarik aku bertambah suku inci mungkin disebabkan air liur kau. Aku hanya perlu tamatkan watak antagonis . Pegang senapang, isi perlu padat padat dan tembak. "Allah itu maha hebat, Allah itu maha berkuasa, mampu atau tidak Allah cipta sesuatu yang lebih berkuasa dari diri Nya". Aku tahu soalan aku penuh dengan kontroversi macam melodi. Tapi aku mahu dia diam dan beredar. Dia diam.
Tak boleh jawab bukan, Sudah lah bang, biar kan aku hidup dengan cara aku, aku tak perlukan orang seperti abang untuk menunjuk jalan hidup pada aku. Aku cuma hidup bebas dari orang yang kata better than others. I dont believe in you, abang hanya fikir abang lebih superior dari orang lain. And i call you abang just because you look older than me.
I can't force you to agree with me. Dia kata sebelum tinggalkan meja.
Aku senyum, Terima kasih pak ustaz, aku tidak punyai kasyaf seperti kau, tetapi hati aku tidak korup dan bermuka muka seperti kau. Dan..
Jangan berlagak tuhan jika kau hanya jumpa orang seperti aku.