Aku hubungi abah, dengan talian yang baru aku daftarkan. Aku kata, ini talian baru, tapi yang lama masih aku guna.
Orang yang pakai dua talian biasanya ada masalah. Satu masalah perempuan satu masalah hutang. Abah kata.
Salah satu dari yang dikatakan. Aku ketawa, abah ketawa.
Suddenly, He stop laughing and ask me. Bila kau nak balik, your mum missed you, you, yes you, the you.
I'll be back next weekend, too many thing inside my head. Thesis, project, girl, troubles and others. Come on boy, that what you need to grow up. Susah sekarang bukan susah sampai bila-bila. Kau macam tak biasa pula dengan semua yang kau lalui. Abah dah hantar kau merata hanya untuk kau belajar dan kenal dunia. Jadi berhenti mengeluh dan jangan lupa call mak kau. Nanti dia bising. Don't ever try hurt your mum.! Tegas kata-kata terakhir sebelum talian diputuskan.
Aku senyum, menghadap facebook sekali lagi, dalam masa yang sama buat aku aku tersengih mengenangkan sangkut baju yang pernah hinggap di peha. Rotan yang merasa tulang belakang dan tapak tangan yang pernah singgah di pipi.
Dan setiap kesalahan yang aku pernah buat, pasti mendapat balasan yang aku rasa tidak adil waktu itu. Saat jiwa memberontak rasa tidak di sayangi, rasa di abaikan. Tapi itu semua hanya rasa-rasa hasutan syaitan kecil yang memaksa jiwa kecil itu memberontak. Dan bila saat ini, aku rasa itu yang mengajar aku menjadi seorang manusia.
Dad is someone who wants to keep you from making mistakes, but instead lets you find your own way,,even though his heart breaks in silence when you get hurt. Masih lagi aku terkenang air mata abah yang gugur bila aku terlantar di wad kecemasan dulu. Betapa aku menghancurkan hatinya semata kerana mengejar keseronokkan muda remaja. Dan masih dapat aku gambarkan saat aku berumur 6 hingga 7 tahun. Bila mana abah selimutkan tubuh kecil aku sebelum tidur. Semakin aku membesar semakin aku rapat dengan abah. Dia mula mengajar aku erti hidup, erti bersusah payah. Aku bukan lahir dengan sudu emas di bibir. Hampir satu masa we have nothing to chew.
Umur 9 tahun aku telah di ajar memangkas buah sawit. Menyorong tandan-tandan sawit dengan tenaga yang tak seberapa. Waktu itu juga aku di ajar cara hidup seperti seorang dewasa. Ke laut mencari kepah, menahan jaring. Ohh ya, aku hanya dapat menonton astro bila mana aku tamat tingkatan enam. Dan bila mana ada masa terluang abah akan membawa aku ke sisi hitam hidupnya. Aku lebih banyak mengetahui rahsia hitam hidup abah lebih banyak dari emak atau kelaurga yang lain.
Dari aku kecil, aku telah masuk dalam kasut kehidupan abah, bilamana aku di kendong merata. Waktu ini, tiada apa lebih memedihkan bila melihat kesihatan abah yang mula tak menentu. Urat urat hitam yang berlingkar di lengan, tapak tangan kasar, parut parut luka di kaki dan lengan. Mengambarkan betapa perih pengalaman susuk tubuh abah mengharung separuh abad hidupnya.
Nyatanya, semakin aku membesar semakin aku dilayan seperti budak kecil. Ask anything, he will get it for me. Mungkin dia cuba mengisi permintaan aku yang dahulu tidak diperkenan. Dan aku rasa aku seperti sudah mengenal abah sepenuhnya,but until now, i still don't know what his favorite food is.
Dad is someone who wants to catch you before you fall but instead picks you up,
brushes you off, and lets you try again
...........
Cilakaa.! Aku hampir menitiskan airmata dalam kereta buruk aku tadi.
brushes you off, and lets you try again
...........
Cilakaa.! Aku hampir menitiskan airmata dalam kereta buruk aku tadi.