Atas desakkan beberapa orang sahabat, aku menulis semula perihal lelaki dan perempuan. Walaupun berat jari jemari untuk menyusun dan mengatur patah-patah perkataan. Dalam masa yang sama ada suara sumbang yang membantah setiap aturan kata yang aku sampaikan. Disini aku perlu tegaskan, aku menulis melalui persekitaran, apa yang aku rasa, apa yang aku jumpa dan bukan melalui apa yang aku baca. Aku cuba melihat dunia melalui multi-Spektrum. Ohh ya, aku bukan mahu melepaskan perasaan.
Pertemuan aku semalam dengan beberapa jantan yang boleh di kategori-kan sebagai, kasanova,
playboy dan
you name it. Kedua dua mereka menceritakan satu situasi yang serupa, yang sama, yang tidak berbeza. Dan, yang nyata-nya mereka menyalahkan perempuan dengan kejadian yang menimpa dan menyebabkan mereka bertukar karektor berlainan dari karektor asal.
Biar aku beri interaksi verbal, begini.
Seorang jantan berkenalan dengan seorang gadis, dalam hati si jantan adalah untuk memiliki secara total dan membawa ke jinjang pelamin. Tetapi satu kejadian hitam telah berlaku pada si jantan, di mana si gadis berubah cara pemikiran-nya. Yang mana si gadis mulai galak melakukan aksi geli-geli. Dan, si jantan bagai disorong bantal lalu terjebak sama melakukan aksi tersebut. Tetapi dalam diri si jantan ada suara suara halus yang mematahkan semangat untuk bersama dengan si gadis, bila mana dia mulai berfikir, bukan ini gadis yang dicarinya. Bukan Ini. Lalu si jantan mengambil keputusan yang di anggap aneh oleh sekumpulan manusia, iaitu meninggalkan si gadis. Dan, situasi ini berulang, berulang dan berulang jadi bila si jantan berkenalan dengan gadis yang lain. Dan, terus berulang, berulang dan berulang bila bertemu lagi dengan gadis lain. Paling tidak, bila berjumpa dengan gadis lain dia dapat rasakan ada kikisan kikisan aneh di punggung sebelah kanan. Yang semakin lama semakin susut dan nipis. Kejadian kejadian seperti ini memaksa otak kanan si jantan untuk berfikir semua gadis yang berada diatas kerak bumi ini adalah serupa dan sama. Ok ini adalah versi si jantan On/Off-
Mark my words.!
In adalah versi aku berdasarkan tahap pemikiran aku. Mengapa cinta tidak pernah kekal dan sentiasa pudar. Adakah ia seperti pakaian pudar bila kerap dibasuh dan akhirnya mereput. Cinta bagi aku adalah berkait rapat dengan ketulan daging di belakang dada yang mana, mengikut fitrah ia mahu diisi dengan sayang, dibelai, membelai, di manja, bermanja, di ambil tahu dan mengambil tahu.
Sekali lagi, aku gunakan sains untuk membuktikan.
Katakan kamu ada sepasang kasut mahal, let say,
Louis Vuitton. Kamu sangat berusaha keras untuk mendapatkan sepasang kasut ini. Harga sepasang kasut ini ialah Rm800, dan baki pinjaman atau gaji yang lepas berbaki Rm1000. tapi demi menaruh harapan yang tinggi, mahu bergaya dan bermegah, kamu laburkan lebih dari jumlah yang tinggal dalam akaun kamu. Dan hasil-nya, kamu melaram sakan, bergaya kemana saja. Kehendak hati kamu mula diisi dengan perasaan sayang, dibelai, membelai, di manja, bermanja, di ambil tahu dan mengambil tahu, sehinggalah kamu menjumpai sepasang kasut baru, yang lebih cantik, lebih berkilau dan lebih bergaya.
Bulan depan, kamu jumpa lagi sepasang kasut baru, dan kamu ingin memilikinya. kamu berusaha siang dan malam untuk mendapatkan sepasang kasut baru yang lebih sesuai dengan kamu dan kamu menjaga dengan tertib dan cermat sehinggalah kamu menjumpai sesuatu yang lebih baru. Tanpa sedar, kamu mulai meminggirkan barang lama dan terus terusan mengejar sesuatu yang baru. Begitulah kitaran atau
chain survivals kamu. sehinggalah cahaya di dalam jasad direntap keluar.
Samalah juga dengan kejadian mahu tak mahu yang berlaku sekarang. Cinta akan pudar bila fokus tumpu kamu berubah mengikut acuan yang kamu rasa lebih baik.
Mark my words.! Bila acuan berubah mengikut citarasa kamu. Lainlah jika kamu memiliki citarasa statik dan bukan dinamik.
Secara teori sains, cinta adalah berkadar songsang dengan masa, Aku berikan lagi satu contoh katakan cinta dalam hati kamu itu anggap seperti sekuntum bunga. Bunga yang kamu tanam di dalam hati kamu berkembang mekar selagi ianya dibaja dan disiram dengan baja paling mahal iaitu rasa cinta dan sayang, tetapi semakin lama kamu biarkan bunga itu berkembang mekar tanpa di baja dan direnjis air untuk mengekal kemekaran, akhir-nya, ia akan mulai layu, kuncup, membusuk, melingkup dan akhirnya mencair lenyap di telan masa.
Sama juga dengan baju, seluar dalam, bra, topi dan kasut yang pernah kamu ada. Yang kamu rasa bangga bila memakai dan menjadi tarikan orang. Akhir-nya bila ia tidak lagi dapat menarik perhatian orang dan kamu mulai hilang perasaan kamu, akan kamu buang, kamu jual, kamu bakar atau apa saja.
It seems much easier to fall in love rather to stay in love.
Dari pandangan aku yang berjiwa statik, well, nerd never dies. Apa yang kita tempuh dan lalui adalah satu tempoh pertukaran atau evolusi untuk membentuk diri kamu. Mungkin juga bagi mereka yang gemar mahu tak mahu, ingin tak ingin, suka tak suka, mereka lebih memikirkan bahawa cinta adalah
achievement. Sudah dapat, dipuji orang, membuktikan diri hot, handsome, berjaya mengeluarkan ayat manis dan akhirnya tinggalkan apa yang dianngap sebagai kejayaan. Dan seperti yang aku penah kata,
Love is not achievement, it's a commitment, is not a fruition thing, it makes you grow older. Jangan dicari maksud atau sebab sekiranya percintaan kamu gagal. Ia hanya menambah sakit hati kamu seperti menabur garam pada luka yang masih basah.
You're too good for me, it's not because you, it's me, Heh, ini hanyalah perkataan utopian bila mana kamu sudah mengubah citarasa fokus tumpu kamu atau menjumpai acuan yang lebih baik.
Jadi bagi mereka, baik si jantan atau si gadis yang gemar mahu tak mahu, ingin tak ingin, suka tak suka atau main tarik tali. Mungkin diatas ada terkait salah satu sebab mengapa dan mengapa mereka berpelakuan begitu, mungkin mudah bosan, mungkin sengaja suka suka, mungkin menyahut cabaran teman sekeliling atau mungkin juga dalam proses mencari yang sempurna.
Jadi, hargai pasangan yang kamu ada sekarang, suburkan bunga bunga yang mekar di dalam hati kamu dengan baja dan air siraman yang paling mahal. Biarkan ia kekal kembang mekar dan harum tanpa kuncup dan layu, sebelum semua-nya hilang lari dan mati.
Ok penat asyik menaip.
Jadi dapat apa yang aku ingin sampai-kan kali ini.? Tak faham.?
Jangan tanya.
Kamu rujuk entri sebelum ini. mungkin dapat sedikit penjelasan
Lihat Sini
....
Girl, people do change ,( tangan kanan tekap dada )but here, it's has never change. Dan aku mahu kau betul dengar-kan dan faham.
Kini aku mulai dapat membayangkan kewujudan aku dalam fikiran-nya mulai pudar, perlahan lahan terhapus seperti air yang mengewap ke udara. Deep inside, ada saki baki perasaan yang tertinggal sisa-nya, satu masa, O satu masa aku akan dapat nikmati apa yang aku kejarkan.
Perempuan, adakah ini anugerah illahi.