Thursday, March 31, 2011

Glad.

Selepas entri yang aku publish-kan malam tadi, banyak jejak kasih telah berlaku, satu persatu sms dan private messages masuk satu persatu. Kebanyakkan dari mereka mengatakan pasangan masing membuka hijab yang tidak terlihat sebelum ini. Baik si jantan atau si gadis. Dan semuanya menjadi lebih sempurna lebih jujur dan lebih berterus terang. Mana yang sebelum ini rasa seperti kayu penyandang telah menjalin hubungan lebih baik, lebih nyata akan situasi dan kedudukan sebenar. Dan, aku doa-kan kamu yang telah melalui jejak kasih, kembali bertaut bersama, aku doa-kan kebahgiaan dan kesinambungan dalam kehidupan. Ingat, apa yang anda perlukan adalah "simbiosis".

.
.
.
.
.
.
.
Dan aku, aku akan terus terusan sepi, sendiri dan miserable. Yang nyata, aku dapat tahu mengapa jantung berdegup kencang sejak aku bangkit dari tidur semalam. Kini telah aku ketahui.

Jadi-nya aku berikan kamu serangkap lagu yang aku tangkap lirik lirik sewaktu memandu subuh tadi. Enjoy.!

Apostrophe 3

Pernah kamu sayang seorang gadis tapi tak berbalas.?

Pernah kamu punyai seorang teman wanita tapi hujung cerita lari ke teman lelaki lama.?

Pernah kamu ada seorang skandal tetapi tetap kekal sebagai skandal dan dia hilang tiba-tiba.?

Jangan bimbang jangan khuatir.

Dua tiga teman rapat, pernah mengalami kejadian aneh seperti ini, berbagai ikhtiar dilakukan dan menemui jalan mati, dan kebiasaan-nya mereka hanya menderita sendiri. Menintiskan air mata sendiri dan hidup kembali sepi seorang diri.



Mungkin sains dapat membantu.

Begini, seorang lelaki mencintai seorang gadis tetapi penghujung story si gadis membuat keputusan untuk tidak mahu bersama kerana si gadis masih terkenang teman istimewa yang sebelum ini. Kadangkala cerita-nya, kamu sudah melalui satu tempoh percintaan yang tidak terlalu lama, mungkin dua atau tiga bulan dan secara tiba-tiba si gadis membuat keputusan untuk kembali kepada kekasihnya yang sebelum-nya.


Mengapa terjadi.

Ini adalah kerana perbezaan sentuhan kasih sayang yang si jantan berikan, sebagai contoh, jantan1, memberi sayang dengan kata kata manis, tidak bersentuhan dengan si gadis, dan menjaga si gadis dengan penuh tata tertib. Dan si jantan2, memberi kasih sayang melalui kata-kata manis, dengan sentuhan, dengan ayat-ayat penuh ghairah yang merangsangkan si gadis. Yang kedua, Sewaktu bertemu dengan jantan2, si gadis hanya dapat merasakan kasih sayang dan bila bersama jantan1, si gadis menerima kasih sayang dan juga rangsangan seksual sekalipun tidak bersentuhan.

Biar aku bagi satu perbandingan interaktif.

Bayangkan seks tanpa mood. Tanpa foreplay, tanpa penetration, tanpa climax, tanpa afterplay. Dan bayangkan pula seks dengan mood. Ada foreplay, ada penetration, ada climax dan ada afterplay. Mana lebih menarik.?

Begitu juga dengan hubungan cinta, bila si gadis ada bersama dengan jantan1 secara matematik-nya dia menerima dua sentuhan sekaligus, satu perasaan sayang, dua, rangsangan dengan sentuhan atau tanpa sentuhan. Cuba gunakan pemikiran kamu sekarang, mana lebih memuaskan.? Hubungan dengan kasih sayang sahaja atau hubungan kasih sayang dengan rangsangan.

Kebiaasan si gadis yang pernah melalui hubungan seks pertama kali akan lebih sukar untuk menerima keputusan untuk berpisah, lebih sukar untuk melupakan, lebih sukar menerima takdir yang kamu tidak lagi bersama. Dan, mengambil keputusan mencari kayu penyadang lain yang difikirkan mampu mengubati hati yang luka dan mengubah-nya menjadi seorang yang lebih mulia berbanding dengan kehinaan yang dilalui bersama jantan yang terdahulu. Dalam satu bulan pertama, si gadis akan rasakan nikmat sentuhan kasih sayang berbeza dan lebih menghargai si jantan2, kerana jantan2 lebih menghormati diri-nya sebagai seorang gadis. Tetapi satu satu masa, apabila si gadis kembali bertemu dengan si jantan1 kekasih lama-nya, keadaan mula berubah, kerana si gadis mulai mengimbau kenangan-kenangan hitam ketika mereka bersama. Kenangan kenangan yang dianggap kenangan manis ketika bersama, lalu mengambil langkah drastik meninggalkan si jantan2.

Dan, bagi si gadis yang tidak pernah bercinta apatah lagi hubungan seks, sentuhan fizikal bagi-nya sudah cukup untuk membina tali pengikat yang akan mengikat akal fikiran mengingati si jantan1, kemudian bila jantan1 meninggalkan atau mempermainkan perasaan, si gadis akan mencari kayu penyadang dan bila mulai teguh pendirian kayu penyadang dibuang. Lebih lagi, sentuhan kasih sayang pertama, dan rangsangan seksual bersama lelaki buat kali pertama. Itu semua sudah cukup bagi si gadis untuk menunggu cinta dari jantan1 dan mengambil jarak dan mmbina tembok tinggi daripada menerima jantan2.

Secara general-nya, aku cuma memberi penjelasan mengapa hubungan mengapa cinta anda ditolak, berpisah, dan menjadi jantan yang menunggu respon dari si gadis terlalu lama. Jadi jangan khuatir, jangan berfikir dan jangan gunakan khidmat bomoh atau pawang, sekiranya kejadian seperti berlaku pada kamu. Jika anda si jantan1, cuba untuk berhubungan dengan si gadis tanpa terkeluar dari landasan agama.

Aku rasa, aku tidak perlu terangkan lebih dalam mengapa ini semua berlaku. Nanti aku bimbang tulisan aku lebih kepada kelas pengajaran seksual. Sekurang kurang-nya, secara ilmiah kamu sudah dapat memahami apa yang aku ingin sampaikan, walaupun tidak secara total.

Dan sekiranya, kamu si pembaca hantu adalah dari spesies si jantan1, tidak perlu mengambil sikap untuk memencil diri, prejudis dan anti- kehidupan, kerana satu hari ia akan memakan diri kamu sendiri. Dan nasihat aku.

Go out, get a life, kick some arse and be more socially active.

Kerana apa, hanya itu akan membuat kau sedikit alpa tentang si gadis yang kamu tunggu.

I embrace science. Sains tidak pernah gagal dalam membuktikan sesuatu.!

And the real conflict, bagaimana kamu menghadapi situasi ini.

Wednesday, March 30, 2011

Akuarium

Abah gua hantar sms " Abah nak beli akuarium besar.

Gua balas " Hadoii nak buat apa dengan binatang tu.

Abah balas lagi " Bosan main Happy Aquarium dalam fesbuk, ada yang real baru true.

Gua balas " Dah lantik ke belum tukang cuci kang.

Abah balas " Kau lah " simple dan makan dalam.

Gua terus tak balas tanda protes.
......
Semalam duit dalam akaun cimb gua ada Rm 45,300
Hari ni cuma tinggal Rm250,00. Mampu cleankan akaun sepantas itu.?

Tuesday, March 29, 2011

Maggi.

Semalam gua pergi satu majlis makan malam paling bosan sepanjang karier gua sebagai seorang student, masa tengah makan gua ada cakap sama satu orang brader " balik kang kite kena singgah pelita, sikat 3 4 pinggan nasi kandar. Makanan yang kita makan skang ni, nak buat taik gigi pun tak boleh.

Brader sebelah gua cakap " Lu gila ka, macam nie punya banyak makanan pun boleh tak kenyang ke.? Apa lu ada bela hantu raya 3 4 ekor ke.? Balas brader tu kasar.


Gua rasa malu terus pandang bawah main gesel kaki dengan kaki meja, jangan tanya soalan gua bagi jawapan, sebab tempat duduk gua diapit lelaki dikiri dan kanan. Apa gila gua nak gesel gesel kaki dengan jantan.


Malam masa gua tengah lepak bilik sambil gesel gesel kaki dengan kaki meja study, brader ni masuk bilik gua, pakai boxer bawak mee maggi. Brader nie tanya " lu ada bekas kosong tak nak buat rendam maggi lah. Gua capai bekas bersisa serunding daging raya tahun lepas bagi kat dia sambil mencarut dalam hati dan ucapan paling jujur terkeluar dari mulut " lu lain kali dengar cakap sikit, lu bukan tak tau gua nie boleh melihat masa depan.

Brader tu keluar dari bilik gua dengan muka semasam oren sunkist sambil renyuk renyuk plastik maggi.

Keh keh keh.!

Alone

Otak tercicir bersepah
Hati rindu berdarah
Hidung gatal resdung
Perut lapar kosong
Jari kaki menari bosan
Aku? hilang.

Monday, March 28, 2011

Pesta

Berpesta engkau sehingga bintang-bintang gugur
tapi ingat, Dia memerhati dari jauh

Derma dara yang kau simpan tertutup
tapi ingat, Dia pilu dengan perlakuan itu

Tebuk, dan layankan semua keseronokan lengan lengan itu
tapi ingat, Nanti lengan lengan itu akan tinggalkan kau keseorangan

Beri dan perbagi cinta kau kepada mereka
tapi ingat,Nanti kau takkan dapat kenal apa itu sebenarnya cinta.
.....
Moga jadi cermin insan
Buat modal pedoman dalam perjalanan.

Sunday, March 27, 2011

Skan-Dal

Chua Soi Lek: It's me and i resign.
Peter Porn : I admit i do that.
Wan Nor Azlin: No comment 
Ida Nerina: We just human and it just sex.

Lelaki Y: Jahat...Fitnah...superimpose..lelaki tu perut buncit...kerja jahat..ehh saya tak 
              tengok video tu lagi.!   

Saturday, March 26, 2011

Reflection 6

Malam itu, aku lebih banyak mendengar dan dia lebih kepada berdiam diri, mungkin tiada bahan nukilan untuk dibicarakan. Tapi aku tahu ada sesuatu dalam dada yang keras membungkam bersama dengup jantungnya, dalam hatinya, yang mungkin tak terkeluar dari dua bibir indah milik dia.

Aku diam, dia juga diam. Bermain dengan perasaan sendiri dan tenggelam dalam lautan fantasi masing masing. Dari sisir tepi aku cuba menangkap riak wajah cantik milik dia, dan dibayangi bau harum rambutnya..

Stereo radio buruk tegar mengulang bait bait lagu "bekas melody", girl like you is impossible to find, impossible to find.


Well, most of the time word is meaningless when the moment is priceless.

Tuhan, aku mahu dia kekal disebelah, kekal.!

...
Perempuan, layaknya kau adalah perempuan yang penuh dengan idea, dan malam itu bukanlah kau yang sebenar-benarnya.

See More

Friday, March 25, 2011

Revealed

You know time will reveal it
Tell the truth, so whatever's done in the dark shall come to the light
Everybody seems to lie on me, and that ain't right
Dude, better get your life together
Stay out of mine, 'cause in due time you'll find
That my life's at a rapid climb to the top
And I won't stop, and it ain't no fallin' off
I'm here to stay no matter what you say
So hate me, until I'm in my grave, babe
Poetic's here, so how you feel?
I'm on the other side
God works in mysterious ways
Time will heal, time will reveal.



I don't need nobody to miss.

Tuesday, March 22, 2011

...

Forgive me dude, Macam kau pernah kata no one will leave this world alive, you know what, sometime. Ohh nothing, forgive me brother. (again).

Wednesday, March 16, 2011

Reflection 5

Kebelakangan ini, ramai yang katakan aku menghilangkan diri. Tak dapat dikesan, mungkin silap perhitungan di situ, aku tidak menghilangkan diri mahupun melarikan diri. Tidak sama sekali. Aku cuma bersendirian seketika, melengkapi semula jigsaw puzzle yang berguguran satu persatu.

Berdasar apa yang telah acapkali aku lalui, aku hidup untuk menghadiah kegembiraan pada manusia lain saat mereka lemas dalam kekosongan. Gelak, ketawa, diteman, dihargai, didahului, diberi-kongsi sedikit rasa-rasa bahagia, atau sekurang-kurangnya tersenyum dalam gelora kehuru-haraan perasaan, but they never knew what dreadful sufferings I had inside my arse. Akhirnya, bila rasa-rasa ingin bersendirian itu menghapus, meresap dan melarut dalam keheningan, atau mulai gagah untuk berdiri kembal.

...

Dia kata everything change,
Dan hati ini menjerit, "Everything's changing. But here, (tangan kanan tekap dada), it has never changed,"


Riddle dari hati sang perempuan, macam 10000 kepingan jigsaw puzzle, dan aku, jantan yang sanggup membida harga yang termahal untuk memiliki jiwa yang melengkapi, daripada terus-terusan bersama dengan jiwa-jiwa yang, heh, pura-pura memahami.

Monday, March 14, 2011

Reflection 4

Usaha untuk menulis sebuah karya dan mencipta sebuah delusi agung yang bakal membayanginya, heh, telah menempelak kemampuan dan kewarasan aku. Refleksi di atas cermin setiap pagi, selain memperaga wajah yang kian lusuh dan hodoh, dengan sinisnya memperolok keteguhan azam dan semangat aku penghargaan kepada kata-kata peluntur keghairahan daripada syaitan-syaitan kecil yang mengjengkelkan. Sungguh, aku perlu tamatkan karya agung untuk tamatkan dunia penderaan mental, erm maksud aku untuk tamatkan sesi pembelajaran dibumi Kuala Lumpur.

Dan syaitan ini penggoda dan penambah perisa nafsu untuk menulis perihal dia, nyatanya jari jemari terlalu gatal untuk mencipta karya yang katanya agung untuk dia. Dengan berbekal kesabaran yang cetek, sudah cukup menjadi benteng pertahanan pertama untuk tidak menulis perihal dia, dan, sekiranya baris-baris benteng ini runtuh satu persatu, mungkin aku akan kembali seperti dulu dan mencoret semua imaginasi tentang dia dalam bentuk text-text yang makan dalam. Tetapi,

Even i stop writing about you, inside still the same. it's all about you.


Ada gagasan yang tak tercerna, ada rancangan yang terbang keluar, ada rangka yang tak terisi, ada keributan yang tak terluah, ada kesinambungan yang tak tersambung, ada barisan yang terputus tiga, terbesarnya, ada momentum luar yang meluap-luap mengacau tempo fikir dan fokus tumpu. Tentang dia dan syarikat syarikat swasta yang masih tidak melunaskan bayaran, walau kesemuanya sudah di-publish-kan.

Dalam diam-diam, aku mulai mogok dengan persekitaran yang hancing dengan kecelaruan dan kekalutan mengejar dunia, cuba memasang gelombang yang tepat, dan letak tekad, "Sebelum April kunjung, sebelum April kunjung.!"

Dan dalam diam-diam juga, ada gemersik-gemersik sarkastik di telinga kiri menyambut dan berbisik, menangkis setiap suara-suara mendorong, dan mengajuk lengguk madah laguan M. Nasir, "Bagaimana kan ku mula, dan apakah kata-kata, yang indah untuk diabadikan.  Tiap wajah berkisah, tiap madah bererti, manakah ilham ku, cahaya di mata mu, ohh sudah.

Sudahnya, aku rindukan penderitaan, kerana penderitaan meluncurkan kebebasan yang terpenjara.

Thursday, March 10, 2011

Apostrophe 2

Hujan, memang nikmat bila tidur, lena diulit selimut tebal.
Azan, aku terjaga, angin kuat diluar.
Turun katil, pandang cermin, pantulan refleksi kata. Go sleep dude, like a baby.!
Aku pandang cermin, tidak percaya cermin boleh berkata kata.
Pandang lantai, terus ke tandas.
Air dingin, pasti sukar untuk ratakan ke seluruh badan. Pasti sukar untuk membuat keputusan, samada katil empuk atau air dingin.
Saat aku angkat takbir, moment moment suram melintas.
Aku paksa senyum, dan jerit dalam hati, O tuhan, hidup berhalanya cuma satu, berhalanya cuma satu.! Untuk mati dan dihakimi. Seterusnya di campak ke syurga atau neraka.

Senyumlah selagi ada masa untuk senyum, sebelum aku, kau dan dia,
di campak ke sana.

...

Wednesday, March 9, 2011

Reflection 3

Macam biasa, aku tak tunggu panggilan dia. Yeah, I was broke. Penniless.

Sebenarnya, aku sibuk mengukuh kantung kewangan, kononnya untuk jaminan kerangka masa depan.

Dia telefon. 3 kali dan aku ignore saja. Tangan aku terlalu berat untuk menghentikan transaksi, semata untuk melayan rengekan berahi.

Dan aku sibuk.

Sibuk, ya, kononnya untuk jaminan kerangka masa depan.

Dia telefon lagi dan aku ter-ignore lagi.

Perempuan, kalau kau tahu untuk apa aku lakukan ini, untuk siapa aku lakukan ini, atas alasan apa kekerasan aku ini, berseliratkan maksud apa refusal aku ini, aku pasti, sangat pasti, kau akan sekurang-kurangnya, mengerti.

Atau sekurang kurangnya juga, cuba untuk memahami.

Dan degil rajukmu malam itu, bukan sengaja aku tidak mahu ambil peduli, tapi berikan aku masa, hanya sedikit masa, untuk aku menghargai diri aku sendiri.

O perempuan, aku jantan cengkung yang tak rela dibelikan, dibelanjakan, direndah nilaikan oleh keadaan.

Dan unfortunately, kau adalah keadaan itu.

Tuesday, March 8, 2011

Blackmail

Keep your knife in kitchen, not on people's back.

Secara generalnya, kau terlalu tamakkan kuasa dan cinta. Too desperate to be noticed. Gila kepada kebendaan, kedudukan, perhatian dan pengagungan.

Perlu aku jelaskan.?

Aku tak perlu itu semua. aku tak inginkan itu semua. No need to scream or shout the whole world for my existence.

I don't want to be known neither being illustrious. I am no hunger of fame.


Hey! I just want to live, and be forgotten and never be remembered. Jangan harap-kan aku, jangan, aku hanya menabur ikhlas dengan senyum gusarku.

Kau hanya mencabar jantan ego seperti aku untuk menghitung tasbis tasbis hitam dendam, dan nyatanya aku tidak gemar diperlakukan seperti itu. Take it, dan aku hanya melihat sejauh mana kau mampu bertahan.

Tidak dapat aku sangka-kan yang kau meng-utuskan text berbaur ugutan pada aku hanya kerana seorang perempuan. Hanya aku yang berdrama berpura tidak tahu siapa pengutusnya. Hey, kau patut rasa malu. Dan, aku nyatanya tidak akan memutuskan benang benang sahabat hanya kerana seorang perempuan. Hubungan cinta berdasarkan kehendak atau keperluan.? ahha, think about it bro. Look at me, think.! think.!

Tiada jawapan bukan.? Bengap.! 

Bagi aku, it's a commitment, not an achievement. Commitment is not a pleasure thing, it makes you grow older. Henti-kan dongengan tentang alam utopian dan fantasi-fantasi palsu yang mengekori tentang keromantisan hubungan vagina-testis yang abadi. The only thing we really do in this life is, an alone journey.

Even in mathematical science, two can never become one, unless it's divided by itself. Get it.?

Jangan tanya.  

And now, close your eyes, I'm doing V using my index and middle finger.!

Care to kiss my ass.?

Go learn a fucking good shit or two.!

Atau kau mahu aku tunjuk-kan jalan keluar.?

Monday, March 7, 2011

Pejuang.

Pesanan Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan.

Buat Pejuang - Pejuang Bangsa.

Penyengat ada di ruang,
Lebah ada di kundur,
Semangat uja jangan hilang,
Supaya bangsa tidak mundur.

Baju melayu berbutang tiga,
Ada juga berbutang lima,
Melayu jangan lupa,
Hilang kuasa hilang semua.

Saturday, March 5, 2011

Apostrophe 1

The world is awesome, but the peoples, they are weird. Telan karbohidrat yang sama, hirup oksigen yang serupa, berbumbung langit dan disalai matahari yang satu, tetapi masih angkuh berteriak menjulang diri -- aku lebih baik, aku lebih layak, aku lebih sempurna, aku lebih berhak, aku masuk syurga, bla, bla.

Ada perkara yang aku gagal toleransikan, ada permasalahan yang aku tidak mampu untuk fleksibelkan, ada obsesi yang aku benci diskusikan. Hey, adakah ini sebagai alasan untuk dicanang dan ditentang perihal perbezaan-perbezaan, sedang sepatutnya kita boleh julang, raikan, dan rayakan persamaan-persamaan.?

Kadang-kadang, aku terfikir juga tentang anutan aku. Ramai umat Islam khususnya, seperti gemar untuk memperinci dan memperhalusi sesuatu perkara di dalam ibadat -- bagaimana membaca bismillah dengan tajwid dan tartil, bagaimana rupa sujud yang betul, bila-kah waktu yang afdal untuk tahajjud, berapa-kah nilai harga segantang beras di Baghdad, untuk pembayaran zakat, cara-cara meratakan air wuduk dengan sempurna, etc, etc -- daripada menyeru ke arah melakukan ibadat.

We had been left off for at least fourteen hundred years behind, and I believe, if you do mind my ignorance, there is no absolute truth in every methods of performing ibadat. Konklusinya, sesuatu yang pada mulanya tampak mudah dan ringkas, akhirnya dibebani dan dipayahi dengan kaedah pelaksanaan yang merumitkan dari pelbagai ulama yang beranggapan diri mereka maksum, sehingga mahu mempraktikkan agama menjadi begitu berat dan mencabar.

Well, at least for me.

Setahu aku, agama ini penuh dengan rukhsah dan keringanan, bukan.?

And one more thing, ada-kah agama itu bersifat hukuman semata-mata.?

Friday, March 4, 2011

Suicide

Gadis Puncak Alam mencari aku, hubungan dia dengan lelaki Georgian hanya tinggal nisan.
Kekasih yang disembah sembah telah meninggalkannya dan dia tidak punya alasan
untuk terus hidup, melainkan jika kekasih yang dipuja kembali.

Seriously, I felt like crying. I felt betrayed.! I felt abondoned.! I felt fucked up.! Dia kata.

Pantas, aku keluarkan sebilah pisau membelah dadanya, dan aku ukir sebaris ayat pada hatinya.

Jujurnya, Gadis puncak telah men- delete erti iman dari hatinya, nasib aku punya cara
manual untuk key- in semula data "khalifah" pada hatinya.

Dan aku jantan Marhaen, tidak sesekali membiarkan hasutan iblis mempengaruhinya.
...........

* What is Marhaen means for fuck sake?

Thursday, March 3, 2011

Selimut

Hujan lebat
guruh kuat
angin menyengat.

Sejuk.

Hati aku tergerak
untuk
menyelinap masuk kamarmu
dan
tidur menemanimu
dibawah comforter manja.

Lewat

Perempuan, tiada apa yang aku sangat kesalkan dalam hidup, kecuali terlewat mengenali diri kau.

Dan, kau benar benar telah buat aku jatuh dan larut.

Ternyata bagi- ku sukar untuk berlebih lebihan.

Aku mahu kau faham, dan aku anggap kau telah faham
seperti biasa aku hanya di khianati perasaan sendiri.

Wednesday, March 2, 2011

Silence

Dia kata, Dear.. Im sorry.
Aku diam, mata aku seperti dipaksa mengadap bilah bilah kipas disiling.

Dear im sooo sorry, sambil matanya mengejar padangan mata dan tapak tangan- ku.
Aku diam dan tak bersuara, Akal fikiran- ku sudah buntu, keliru dan lemah. Baris baris
sandiwara yang selama ini menjadi nadi kewarasan kini menempelak ganas kemampuan dan kebijaksanaan- ku.

I was trying to let silence speak for me.

Speak up, your silence killing me.!

Im okay, dont worry, im okay. Aku berusaha keras untuk melemparkan senyuman yang penuh ke ikhlasan dalam ribut perasaan.

Dia pandang aku, mulut terkunci dan mengangguk cuba mengiyakan apa yang aku cakapkan.

I hate playing this game, antara dengar dan tidak.

Bukan pertama kali perempuan, bukan pertama kali.!
Andai kau tahu, bukan kau yang menjadi pertaruhan hidup aku.

O Perempuan, andai kau tahu, hanya ada satu wajah, yang terus terusan memeluk erat ruang hidup- ku.

Tuesday, March 1, 2011

Curut

Malam semakin suram, terasa begitu kontra sekali dengan malam malam sebelumnya, Sidi dan pian memandang adik paling bongsu mereka mamat. Macam mana boleh dapat nombor curut dalam kelas.? tegur satu suara garau memecah sunyi. mamat kembali memandang pinggan, dia tak berani memaling muka pada salih merangkap ayah kepada mereka adik beradik. Silap hari bulan penampar yang hinggap di mukanya. Penampar sudah cukup untuk menjatuhkan maruahnya yang sudah memang sedia takda. Sabi, ibu mereka hanya diam membisu, dia juga tidak berani menyampuk, salah sampuk silap silap dia pula dihempuk. Suaminya bukanlah seorang yang panas baran tetapi seorang yang tegas dalam mendidik anak anaknya.

Kau Mamat berlajar main main ya.! gertak Salih.

Mana ada.. Mamat menidakkan. Habis tu macam mana boleh dapat nombor curut.! Nombor 31, nombor paling last sekali dalam kelas. Cikgu Saripah cakap kau suka termenung masa dia mengajar, betul tak.! Sergah salih kepadanya anak bongsunya. Mamat getap mulut, dia tahu ayahnya tidak akan menuduh kerana memang sikap ayahnya akan selidik dulu sebelum kata apa apa. Ayahnya bukan seorang yang akan menumbuk seorang guru kalau anaknya ditampar di sekolah, malah ayahnya akan menampar dia kalau dia ditampar di sekolah. Agak lama juga keadaan panas itu berlarutan sehingga keadaan panas itu membawa kepada rimas.

Kali ini ayah tak mahu marah marah, ayah bagi kau peluang terakhir untuk perbaiki keputusan exam kau. Kalau penggal akhir nanti kau dapat naik, ayah bawa kau jalan jalan. Mata mamat terbeliak, jalan jalan itu sudah cukup lumayan baginya. Kalau dapat nombor 1.? Pintas Mamat berani. Kau dapat nombor 1, heh, ayah belikan apa yang kau nak. Cakap je, sinis kata kata Salih.

Empat bulan sudah berlalu, kedengaran suara Mamat memekik dari jauh sambil berlari menuju ke rumah. Pian dan Sidi yang khusyuk membina bangunan dekat sepit baju menoleh hairan. Aku dapat nombor satu.! Aku dapat nombor satu.! Pian yang hairan mengosok gosok perutnya yang menonjol ke depan, begitu juga dengan sidi mengaru garu kepala botaknya sambil meluahkan apa yang terpendam, "dia ingat kita kutu babi ke "senang senang nak tipu". Entah.! takkan dari nombor 31 boleh jadi nombor satu, penipu.! Pian berpantun secara tidak sengaja.

Tanpa membuang masa Mamat menunjukkan buku laporan tahunan. Eh eh betullah nombor satu, Pian terperanjat beruk. Apa macam.? Ujar Mamat dengan wajah angkuh. Rasuh itu haram, kau tahu tak.? Kau denga cikgu cikgu kau boleh kena penjara, jerkah Sidi. Dia mana ada duit, spender dia pun maka yang beli, sampuk Pian.

Haa baru kau tahu, sekarang aku boleh minta apa yang aku nak, kata Mamat. Eh kau minta Playstation lah, Sidi cucuk jarum. Betul, sampai bila kita nak main dengan sepit baju ni, ujar Pian meracun fikiran adiknya. Ha'ah aku pun dah bosan main dengan sepit baju je, Mamat mengangguk kepala. Kedua dua abangnya tersenyum berjaya meracun fikiran Mamat.

Mamat melapor pada emaknya, itu adalah cara paling mudah untuk menyampaikan sesuatu pada ayahnya.
.....

Malam itu Salih membawa mereka sekeluarga makan di sebuah restoran. Macam mana kau boleh dapat nombor satu.? tegur Salih. Pian dan Sidi berbalas senyum memikirkan permainan video sudah cukup untuk menitiskan air liur tanpa sedar.

kau nak apa.? Sergah Salih.
Nak... video game, kata Mamat perlahan, terlalu perlahan tahap suara semut.

APAA.!! sergah Salih seperti ngauman raksasa dalam filem Godzilla, Kau nak apa cepatlah cakap. Mamat terkedu selepas disergah sebegitu rupa. Mulutnya tak mampu di gerakan seolah olah ada ketulan emas sebesar kepala Lembu, Mamat diam, gusar sekiranya permintaannya mendatangkan kemarahan ayahnya.

Kau nak apa, sergah Salih lagi.

Nak makan ayam gorenglah, terpancul laju dari mulut Mamat membuat Pian dan Sidi seperti dilanggar kapal selam secara tiba tiba. Ok, nanti ayah belikan, lain kali belajar rajin rajin macam ni, nak makan ayam goreng banyak banyak pun ayah beli.
...

Malam semakin suram, Pian dan Sidi memandang Mamat adik bongsunya dengan riak wajah tidak puas hati. Mamat memaling muka mengelak dari bertembung pandangan.

Reflection 2

Heh, ianya kelakar bila gambar mampu membuat kau tersenyum.
*sigh*