Malam semakin suram, terasa begitu kontra sekali dengan malam malam sebelumnya, Sidi dan pian memandang adik paling bongsu mereka mamat. Macam mana boleh dapat nombor curut dalam kelas.? tegur satu suara garau memecah sunyi. mamat kembali memandang pinggan, dia tak berani memaling muka pada salih merangkap ayah kepada mereka adik beradik. Silap hari bulan penampar yang hinggap di mukanya. Penampar sudah cukup untuk menjatuhkan maruahnya yang sudah memang sedia takda. Sabi, ibu mereka hanya diam membisu, dia juga tidak berani menyampuk, salah sampuk silap silap dia pula dihempuk. Suaminya bukanlah seorang yang panas baran tetapi seorang yang tegas dalam mendidik anak anaknya.
Kau Mamat berlajar main main ya.! gertak Salih.
Mana ada.. Mamat menidakkan. Habis tu macam mana boleh dapat nombor curut.! Nombor 31, nombor paling last sekali dalam kelas. Cikgu Saripah cakap kau suka termenung masa dia mengajar, betul tak.! Sergah salih kepadanya anak bongsunya. Mamat getap mulut, dia tahu ayahnya tidak akan menuduh kerana memang sikap ayahnya akan selidik dulu sebelum kata apa apa. Ayahnya bukan seorang yang akan menumbuk seorang guru kalau anaknya ditampar di sekolah, malah ayahnya akan menampar dia kalau dia ditampar di sekolah. Agak lama juga keadaan panas itu berlarutan sehingga keadaan panas itu membawa kepada rimas.
Kali ini ayah tak mahu marah marah, ayah bagi kau peluang terakhir untuk perbaiki keputusan exam kau. Kalau penggal akhir nanti kau dapat naik, ayah bawa kau jalan jalan. Mata mamat terbeliak, jalan jalan itu sudah cukup lumayan baginya. Kalau dapat nombor 1.? Pintas Mamat berani. Kau dapat nombor 1, heh, ayah belikan apa yang kau nak. Cakap je, sinis kata kata Salih.
Empat bulan sudah berlalu, kedengaran suara Mamat memekik dari jauh sambil berlari menuju ke rumah. Pian dan Sidi yang khusyuk membina bangunan dekat sepit baju menoleh hairan. Aku dapat nombor satu.! Aku dapat nombor satu.! Pian yang hairan mengosok gosok perutnya yang menonjol ke depan, begitu juga dengan sidi mengaru garu kepala botaknya sambil meluahkan apa yang terpendam, "dia ingat kita kutu babi ke "senang senang nak tipu". Entah.! takkan dari nombor 31 boleh jadi nombor satu, penipu.! Pian berpantun secara tidak sengaja.
Tanpa membuang masa Mamat menunjukkan buku laporan tahunan. Eh eh betullah nombor satu, Pian terperanjat beruk. Apa macam.? Ujar Mamat dengan wajah angkuh. Rasuh itu haram, kau tahu tak.? Kau denga cikgu cikgu kau boleh kena penjara, jerkah Sidi. Dia mana ada duit, spender dia pun maka yang beli, sampuk Pian.
Haa baru kau tahu, sekarang aku boleh minta apa yang aku nak, kata Mamat. Eh kau minta Playstation lah, Sidi cucuk jarum. Betul, sampai bila kita nak main dengan sepit baju ni, ujar Pian meracun fikiran adiknya. Ha'ah aku pun dah bosan main dengan sepit baju je, Mamat mengangguk kepala. Kedua dua abangnya tersenyum berjaya meracun fikiran Mamat.
Mamat melapor pada emaknya, itu adalah cara paling mudah untuk menyampaikan sesuatu pada ayahnya.
.....
Malam itu Salih membawa mereka sekeluarga makan di sebuah restoran. Macam mana kau boleh dapat nombor satu.? tegur Salih. Pian dan Sidi berbalas senyum memikirkan permainan video sudah cukup untuk menitiskan air liur tanpa sedar.
kau nak apa.? Sergah Salih.
Nak... video game, kata Mamat perlahan, terlalu perlahan tahap suara semut.
APAA.!! sergah Salih seperti ngauman raksasa dalam filem Godzilla, Kau nak apa cepatlah cakap. Mamat terkedu selepas disergah sebegitu rupa. Mulutnya tak mampu di gerakan seolah olah ada ketulan emas sebesar kepala Lembu, Mamat diam, gusar sekiranya permintaannya mendatangkan kemarahan ayahnya.
Kau nak apa, sergah Salih lagi.
Nak makan ayam gorenglah, terpancul laju dari mulut Mamat membuat Pian dan Sidi seperti dilanggar kapal selam secara tiba tiba. Ok, nanti ayah belikan, lain kali belajar rajin rajin macam ni, nak makan ayam goreng banyak banyak pun ayah beli.
...
Malam semakin suram, Pian dan Sidi memandang Mamat adik bongsunya dengan riak wajah tidak puas hati. Mamat memaling muka mengelak dari bertembung pandangan.