Macam biasa, aku tak tunggu panggilan dia. Yeah, I was broke. Penniless.
Sebenarnya, aku sibuk mengukuh kantung kewangan, kononnya untuk jaminan kerangka masa depan.
Dia telefon. 3 kali dan aku ignore saja. Tangan aku terlalu berat untuk menghentikan transaksi, semata untuk melayan rengekan berahi.
Dan aku sibuk.
Sibuk, ya, kononnya untuk jaminan kerangka masa depan.
Dia telefon lagi dan aku ter-ignore lagi.
Perempuan, kalau kau tahu untuk apa aku lakukan ini, untuk siapa aku lakukan ini, atas alasan apa kekerasan aku ini, berseliratkan maksud apa refusal aku ini, aku pasti, sangat pasti, kau akan sekurang-kurangnya, mengerti.
Atau sekurang kurangnya juga, cuba untuk memahami.
Dan degil rajukmu malam itu, bukan sengaja aku tidak mahu ambil peduli, tapi berikan aku masa, hanya sedikit masa, untuk aku menghargai diri aku sendiri.
O perempuan, aku jantan cengkung yang tak rela dibelikan, dibelanjakan, direndah nilaikan oleh keadaan.
Dan unfortunately, kau adalah keadaan itu.