Thursday, March 31, 2011

Apostrophe 3

Pernah kamu sayang seorang gadis tapi tak berbalas.?

Pernah kamu punyai seorang teman wanita tapi hujung cerita lari ke teman lelaki lama.?

Pernah kamu ada seorang skandal tetapi tetap kekal sebagai skandal dan dia hilang tiba-tiba.?

Jangan bimbang jangan khuatir.

Dua tiga teman rapat, pernah mengalami kejadian aneh seperti ini, berbagai ikhtiar dilakukan dan menemui jalan mati, dan kebiasaan-nya mereka hanya menderita sendiri. Menintiskan air mata sendiri dan hidup kembali sepi seorang diri.



Mungkin sains dapat membantu.

Begini, seorang lelaki mencintai seorang gadis tetapi penghujung story si gadis membuat keputusan untuk tidak mahu bersama kerana si gadis masih terkenang teman istimewa yang sebelum ini. Kadangkala cerita-nya, kamu sudah melalui satu tempoh percintaan yang tidak terlalu lama, mungkin dua atau tiga bulan dan secara tiba-tiba si gadis membuat keputusan untuk kembali kepada kekasihnya yang sebelum-nya.


Mengapa terjadi.

Ini adalah kerana perbezaan sentuhan kasih sayang yang si jantan berikan, sebagai contoh, jantan1, memberi sayang dengan kata kata manis, tidak bersentuhan dengan si gadis, dan menjaga si gadis dengan penuh tata tertib. Dan si jantan2, memberi kasih sayang melalui kata-kata manis, dengan sentuhan, dengan ayat-ayat penuh ghairah yang merangsangkan si gadis. Yang kedua, Sewaktu bertemu dengan jantan2, si gadis hanya dapat merasakan kasih sayang dan bila bersama jantan1, si gadis menerima kasih sayang dan juga rangsangan seksual sekalipun tidak bersentuhan.

Biar aku bagi satu perbandingan interaktif.

Bayangkan seks tanpa mood. Tanpa foreplay, tanpa penetration, tanpa climax, tanpa afterplay. Dan bayangkan pula seks dengan mood. Ada foreplay, ada penetration, ada climax dan ada afterplay. Mana lebih menarik.?

Begitu juga dengan hubungan cinta, bila si gadis ada bersama dengan jantan1 secara matematik-nya dia menerima dua sentuhan sekaligus, satu perasaan sayang, dua, rangsangan dengan sentuhan atau tanpa sentuhan. Cuba gunakan pemikiran kamu sekarang, mana lebih memuaskan.? Hubungan dengan kasih sayang sahaja atau hubungan kasih sayang dengan rangsangan.

Kebiaasan si gadis yang pernah melalui hubungan seks pertama kali akan lebih sukar untuk menerima keputusan untuk berpisah, lebih sukar untuk melupakan, lebih sukar menerima takdir yang kamu tidak lagi bersama. Dan, mengambil keputusan mencari kayu penyadang lain yang difikirkan mampu mengubati hati yang luka dan mengubah-nya menjadi seorang yang lebih mulia berbanding dengan kehinaan yang dilalui bersama jantan yang terdahulu. Dalam satu bulan pertama, si gadis akan rasakan nikmat sentuhan kasih sayang berbeza dan lebih menghargai si jantan2, kerana jantan2 lebih menghormati diri-nya sebagai seorang gadis. Tetapi satu satu masa, apabila si gadis kembali bertemu dengan si jantan1 kekasih lama-nya, keadaan mula berubah, kerana si gadis mulai mengimbau kenangan-kenangan hitam ketika mereka bersama. Kenangan kenangan yang dianggap kenangan manis ketika bersama, lalu mengambil langkah drastik meninggalkan si jantan2.

Dan, bagi si gadis yang tidak pernah bercinta apatah lagi hubungan seks, sentuhan fizikal bagi-nya sudah cukup untuk membina tali pengikat yang akan mengikat akal fikiran mengingati si jantan1, kemudian bila jantan1 meninggalkan atau mempermainkan perasaan, si gadis akan mencari kayu penyadang dan bila mulai teguh pendirian kayu penyadang dibuang. Lebih lagi, sentuhan kasih sayang pertama, dan rangsangan seksual bersama lelaki buat kali pertama. Itu semua sudah cukup bagi si gadis untuk menunggu cinta dari jantan1 dan mengambil jarak dan mmbina tembok tinggi daripada menerima jantan2.

Secara general-nya, aku cuma memberi penjelasan mengapa hubungan mengapa cinta anda ditolak, berpisah, dan menjadi jantan yang menunggu respon dari si gadis terlalu lama. Jadi jangan khuatir, jangan berfikir dan jangan gunakan khidmat bomoh atau pawang, sekiranya kejadian seperti berlaku pada kamu. Jika anda si jantan1, cuba untuk berhubungan dengan si gadis tanpa terkeluar dari landasan agama.

Aku rasa, aku tidak perlu terangkan lebih dalam mengapa ini semua berlaku. Nanti aku bimbang tulisan aku lebih kepada kelas pengajaran seksual. Sekurang kurang-nya, secara ilmiah kamu sudah dapat memahami apa yang aku ingin sampaikan, walaupun tidak secara total.

Dan sekiranya, kamu si pembaca hantu adalah dari spesies si jantan1, tidak perlu mengambil sikap untuk memencil diri, prejudis dan anti- kehidupan, kerana satu hari ia akan memakan diri kamu sendiri. Dan nasihat aku.

Go out, get a life, kick some arse and be more socially active.

Kerana apa, hanya itu akan membuat kau sedikit alpa tentang si gadis yang kamu tunggu.

I embrace science. Sains tidak pernah gagal dalam membuktikan sesuatu.!

And the real conflict, bagaimana kamu menghadapi situasi ini.