The world is awesome, but the peoples, they are weird. Telan  karbohidrat yang sama, hirup oksigen yang serupa, berbumbung langit dan  disalai matahari yang satu, tetapi masih angkuh berteriak menjulang diri  -- aku lebih baik, aku lebih layak, aku lebih sempurna, aku lebih  berhak, aku masuk syurga, bla, bla.
Ada perkara yang aku gagal toleransikan, ada permasalahan yang aku tidak  mampu untuk fleksibelkan, ada obsesi yang aku benci diskusikan. Hey,  adakah ini sebagai alasan untuk dicanang dan ditentang perihal  perbezaan-perbezaan, sedang sepatutnya kita boleh julang, raikan, dan  rayakan persamaan-persamaan.?
Kadang-kadang, aku terfikir juga tentang anutan aku. Ramai umat Islam  khususnya, seperti gemar untuk memperinci dan memperhalusi sesuatu  perkara di dalam ibadat -- bagaimana membaca bismillah dengan tajwid dan  tartil, bagaimana rupa sujud yang betul, bila-kah waktu yang afdal  untuk tahajjud, berapa-kah nilai harga segantang beras  di Baghdad, untuk pembayaran zakat, cara-cara meratakan air wuduk  dengan sempurna, etc, etc -- daripada menyeru ke arah melakukan ibadat.
We had been left off for at least fourteen hundred years behind, and  I believe, if you do mind my ignorance, there is no absolute truth in  every methods of performing ibadat. Konklusinya, sesuatu yang pada  mulanya tampak mudah dan ringkas, akhirnya dibebani dan dipayahi dengan  kaedah pelaksanaan yang merumitkan dari pelbagai ulama yang beranggapan  diri mereka maksum, sehingga mahu mempraktikkan agama menjadi begitu  berat dan mencabar.
Well, at least for me.
Setahu aku, agama ini penuh dengan rukhsah dan keringanan, bukan.?
And one more thing, ada-kah agama itu bersifat hukuman semata-mata.?